Anda Boleh Bermain Games 5 Hari Tanpa Henti dengan Peranti Ini!

Pernah tak anda mengalami masalah bateri bila bermain games? Caj penuh-penuh pun dah sampai dua jam. Lepastu ingat boleh main games lama-lama tapi tak sampai sejam main terus kosong bateri. Stress bukan? 

Tapi sekarang jangan risau! Dengan kecanggihan teknologi yang ada sekarang, sebuah syarikat tenaga eletronik terkenal, Energizer dengan kerjasama Avenir Telcom telah menghasilkan sebuah peranti yang mempunyai bateri sangat berkuasa yang dinamakan Max P18K Pop. Cuba teka berapa kapasiti baterinya?

Terkejut bukan akan saiznya yang seakan batu-bata? Ya! dengan saiz sebesar ini ianya membawa kapasiti bateri sebanyak 18,000 mAh! Woww, sikit lagi nak jadi macam Pineng Powerbank! Peranti ini belum lagi dipasarkan dan baru diperkenalkan di Mobile World Congress dalam bentuk prototaip.
Dikatakan saiznya menyamai dengan tiga peranti yang ditinda.

 

Speksifikasi

 

Peranti ini bukan sahaja hadir dengan kapasiti bateri yang raksasa, tetapi turut hadir dengan ciri-ciri smartphone yang diidamkan ramai orang termasuklah kaki-kaki gamers dan kaki stream. Berikut antara ciri-ciri yang boleh diambil perhatian:
  • 6.2-Inch IPS display memaparkan 2280x1080 resolusi

  • MediaTek’s Helio P70 SoC (4x Arm Cortex-73, 4x Arm Cortex-A53, Arm Mali G72-MP3 graphics 

  • 6 GB RAM

  • 128 GB Storan


Padu bukan? Apa pandangan korang semua tentang peranti raksasa ini? Berminat tak nak milikinya?

0 comments